Lim Boo Liat (2004)
Illustrations by Shieko / Cedko Productions
Published by Center for Orang Asli Concerns (COAC)
ISBN 983-40042-7-3
240 + xix pages, 26 animal illustrations, 26 cartoons, 3 photos
15cm x 22.5 cm, limp cover
In Malay.
Contents include a tribute to Sipang anak Ecoin, the Temuan headman in Gombak who provided most of the stories.
Stories include:
Kenapa Cencurut Rumah tinggal bersama manusia
Kisah Tikus Bulan: Dari raja yang kejam menjadi haiwan yang hina
Rahsia ekor pendek Tikus Babi
Kenapa Tikus Babi bersembunyi di siang hari
Akibat tamak, Kubung kehilangan ekor
Kenapa mata Kongkang hampir dicabut
Kisah kantung suara Siamang
Tenggiling menewaskan Sang Gajah
Rahsia bau Musang Pandan
Anak Beruang menjadi anak angkat kesayangan Orang Asli
Kisah Tapir yang sombong dan megah; kini hodoh dan bersendirian
Beruk: Akibat suka berbohong
Kisah Lotong yang makan daun
Kenapa Musang Coreng makan daging
Dendam Bambun Ekor Pendek terhadap ular senduk
Kenapa telinga Gajah rapat dengan kepalanya
Sang Kancil menewaskan Raja Rimba
Raja Harimau murka dengan Harimau Bintang
Orang secara semula jadinya merupakan pakar dalam mengkaji haiwan dan tumbuh-tumbuhan alam ini. Mereka bukan sahaja mengenali struktur perlakuan sosial bagi kebanyakan kumpulan binatang ini malah, amat bijak dalam mereka cerita rakyat yang berkisar tentang perlakuan haiwan-haiwan ini.
Sebagai contoh para pembaca akan dapat mengetahui bagaimana Badak Tenuk yang ganas ditempatkan dalam susunan komuniti haiwan-haiwan hutan ini. Atau, mengapa Kubang yang hanya terbang pada waktu malam, menyembunyikan ekornya. Atau, bagaimana Kongkang yang menyalahgunakan kedudukan yang diamanahkan, menyebabkan matanya dipenuhi perasaan malu.
Setiap satu cerita turut mempunyai moral yang berguna untuk direnungkan. Manusia sebagai mamalia yang amat rumit dan sukar untuk difahami, masih dapat mempelajari satu atau dua faedah daripada cerita-cerita haiwan hutan ini. Setiap cerita turut disokong dengan nota-nota saintifik yang kukuh. Ini menunjukkan kepentingan pemerhatian tajam Orang Asli dalam struktur tubuh atau sifat kelakuan yang penting bagi binatang-binatang ini.
Kesemua 26 kisah yang diceritakan oleh Orang Asli Temuan ini telah lama menjadi unsur penting dalam adat istiadat dan budaya pusaka mereka. Kini ia dipersembahkan dalam bentuk media cetak sebagai sumbangan penting kepada warisan budaya nasional.